Monday, November 15, 2010

KARNIVAL IMPAK INSPIRASI PROTON

Pada 12-14 November 2010 lalu, telah diadakan Karnival Impak Inspirasi Proton yang telah diadakan serentak di 3 bandar utama iaitu di Kuantan, Ipoh dan Melaka.

Karnival diadakan bertujuan memperkenalkan model terbaru Proton iaitu PROTON INSPIRA kepada masyarakat terutama di 3 lokasi utama tersebut.

Pada kali ini, negeri Melaka amat bertuah kerana terpilih sebagai lokasi penganjuran karnival bagi zon selatan. Ia telah diadakan di kawasan letak kereta, pasaraya Jaya Jusco AEON.

Karnival diserikan dengan kehadiran penyampai Hot.FM iaitu Ikhwan dan rakan2 yang mengendalikan pelbagai peraduan dan mencipta aktiviti menarik untuk menghiburkan pengunjung yang hadir.




 

Wednesday, November 3, 2010

Pelancaran Proton Inspira selari amalan industri automotif global

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Pelancaran Proton Inspira oleh Proton Holdings Bhd. (Proton) baru-baru ini yang berasaskan model Mitsubishi Lancer bukan bermakna syarikat tempatan itu mundur ke belakang seperti dakwaan sesetengah pihak.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, amalan itu kebiasaan dalam industri automotif global dalam usaha membangunkan produk masing-masing.

Katanya, cara itu lebih menjimatkan kerana penghasilan sesebuah model prototaip melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) melibatkan kos sekitar RM700 juta.
Dengan kos sebanyak itu, jelasnya, ia perlu dilaburkan ke atas produk yang boleh memberi pulangan tinggi serta kuasa jualan sekitar 3,000 unit sebulan seperti Proton Saga, Persona dan Exora yang mempunyai enjin berkapasiti 1.6 liter ke bawah.

“Model Proton Inspira yang berkapasiti enjin 1.8 liter ke atas tergolong dalam segmen pasaran terhad dengan unjuran permintaan sekitar 1,600 unit sahaja sebulan. Sebagai contoh, model Volkswagen Touareg dan Porsche Cayenne adalah berasaskan perkara sama sementara Citroen dan Peugeot pula mengambil Mitsubishi Outlander sebagai produk mereka sendiri,” katanya ketika menggulung Bajet 2011 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Baru-baru ini, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) menyifatkan Proton seolah-olah mundur ke belakang kerana tidak menghasilkan rekaan tempatan sedangkan syarikat pengeluar itu mempunyai pusat R&D sendiri.

Dalam perkembangan berkaitan, jelas Mukhriz, kualiti kenderaan keluaran Proton yang di pasaran tempatan tidak mempunyai perbezaan ketara dengan produknya yang dieksport.

“Spesifikasi kereta nasional untuk pasaran eksport hanya mempunyai perbezaan mengikut keperluan pasaran negara luar seperti ciri-ciri teknikal yang perlu dipatuhi serta beberapa ciri tambahan mengikut pesanan dan kesesuaian pelanggan,” jelasnya.
-Utusan Online

Training..

Semalam, saya telah berpeluang menghadiri 'product-knowledge' training untuk kereta Proton Inspira di Proton Holdings. Pada sesi terakhir, kami telah dibawa melihat sendiri 2 unit Proton Inspira iaitu model 1.8 Mannual (E) dan 2.0 CVT Auto (Premium).

Apa yang dapat saya simpulkan, model ini adalah sesuatu yang di'cari' oleh golongan eksekutif muda serta mereka yang gemarkan prestasi! Saya pasti, ia akan menjadi 'hot-cake' dalam saingan sekelasnya nanti.

Saya difahamkan, pelancaran besar-besaran akan diadakan pada 10 November 2010. Berita paling baik, pelancaran bagi zon selatan (N.Sembilan-Melaka-Johor) akan diadakan di negeri Melaka.

Ini bermakna, bagi anda yang berada di kawasan selatan, anda bukan saja berpeluang untuk menyaksikan secara 'LIVE' kereta-kereta Inspira ini, bahkan anda juga boleh buat 'test-drive' kereta ini pada 12-14 November, 2010 bertempat di pasaraya Jaya Jusco (Baru-bersebelahan pasaraya TESCO dan berhadapan Melaka Sentral), Peringgit, Melaka.

Datanglah beramai-ramai ke Melaka pada 12-14 November ini.

TEMUJANJI DENGAN SAYA (ZAFA)
UNTUK
'VIP TEST-DRIVE'

SMS NAMA PENUH & LOKASI ANDA KE:
019-6664949

Tuesday, November 2, 2010

Proton tawar kereta hibrid bawah RM100,000

PETALING JAYA 2 Nov. - Proton Holdings Bhd. meninjau untuk menawarkan kereta hibrid pertamanya pada harga kompetitif di bawah RM100,000, kata Penasihatnya Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.

Dijangka dilancarkan secara komersial tahun depan, Proton dikatakan membangunkan enjin hibrid serta enjin elektrik dengan syarikat British Frazer-Nash Research, LG dari Korea Selatan dan anak syarikatnya yang berpangkalan di Britain, Lotus.

Tun Dr. Mahathir yang merupakan bekas Perdana Menteri berkata, pembangunan kereta hibrid merupakan sebahagian daripada inisiatif Proton untuk beralih kepada teknologi hijau.

"Kami kini menghentikan reka bentuk dan dalam proses menambah baik prestasi kereta. Kami akan membuat pengumuman tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kereta edisi ulang tahun ke-25 Proton kepada sembilan pembeli pertama di sini.

"Harga kereta hibrid akan tinggi sedikit berbanding kereta biasa kerana bateri amat mahal. Bagi pengeluar kereta terkenal, kereta hibrid, akan tiga kali lebih tinggi daripada kereta biasa.

"Kereta kita, saya rasa di bawah RM100,000,” kata beliau.

- Bernama/Utusan Online

Tuesday, October 26, 2010

Proton terima 1,100 tempahan Inspira

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Proton Inspira telah menerima 1,100 tempahan dalam tempoh 10 hari walaupun pelancaran rasminya akan dilakukan pada 10 November depan.
Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, walaupun hanya separuh badan kereta itu baru didedahkan, semua pusat jualan Proton kini dikunjungi oleh pelanggan bertanyakan mengenai kereta tersebut.

"Keadaan itu menggambarkan betapa minatnya orang ramai terhadap Inspira.
"Proton berterima kasih kepada mereka yang sudah membuat tempahan. Saya yakin mereka tidak akan kecewa dengan kereta keluaran terbaru kami," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Model Inspira yang dihasilkan bersama oleh Proton dan Mitsubishi Motor Corporation di bawah perikatan strategik kedua-dua pihak boleh didapati dengan dua model iaitu model 1.8 liter menggunakan transmisi manual dan transmisi automatik, serta model 2.0 liter dengan transmisi automatik

Model Inspira merupakan kereta yang telah dipertingkatkan daripada teknologi Lotus terutamanya dari segi panduan dan kawalan kereta.

Tambah beliau, tempahan yang tinggi terhadap Inspira meletakkan kereta tersebut di antara model yang mendapat tempahan tertinggi selepas Saga Saga sebanyak 9,600 buah, Persona (6,100 tempahan( manakala Exora dengan 3,600 (tempahan).

Tuesday, October 19, 2010

INSPIRA "Smart Guys Get It"

Pembuat kereta Nasional, Proton Holdings Bhd. telh melancarkan produk terbaru, INSPIRA yang dijangka menemui orang-ramai bermula 10 November, 2010. Mendapat nama dari perkataan "INSPIRASI", Proton juga mengumumkan model 1.8Liter akan dijual pada anggaran harga RM79,880 manakala model 2.0L pada harga RM95,000.

Nama INSPIRA dipilih dari  2,797 penyertaan yang diterima dari peraduan yang dianjurkan untuk kakitangan Proton dari 10 hingga 25 Februari tahun ini. Pemenang bertuah ialah En.Sauful Yazan Nasir, dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, R&D Division yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, peranti GPS, 2 pas masuk ke KL International Motor Show pada bulan Disember dan jemputan istimewa pada hari pelancaran produk pada bulan November akan datang.

Soft Launch Proton Inspira telah diadakan pada 14 Oktober, 2010 di Proton's Centre of Service Excellence. Pada waktu itu, cuma bahagian hadapan saja dipamirkan. Produk ini adalah hasil kerjasama strategik (New Strategic Alliance)dengan Mitsubishi Motor Corporation, Jepun.

Hakikatnya, Proton cuma diberi kebenaran untuk membuat perubahan paling minimal dari model asal Mitsubishi Lancer.

Oleh yang demikian, prestasi gear pecutan serta 'body parts' asal M.Lancer dikekalkan. Cuma rekabentuk bumper serta pelarasan suspensi sahaja diubahsuai mengikut citarasa rakyat Malaysia.



Pengarah Urusan Proton Holdings, Dato' Syed Zainal Abidin Mohamad Tahir berkata, Proton Inspira adalah versi 'tempatan' untuk model Mitsubishi Lancer.

Proton Inspira kini dibuka untuk tempahan iaitu deposit tempahan RM1,000 sehingga 15 November 2010. Orang-ramai yang membuat tempahan pada jangka waktu ini akan menikmati pakej servis percuma selama 2 tahun atau 50,000km bernilai RM1,658.00.

Ciri-ciri lain yang diumumkan termasuk cruise control, auto lights dan wiper, auto climate control untuk penumpang depan dan belakang, all-round airbags, welcome home lights serta tinted film keselamatan dengan kadar nyah haba sehingga 48%. Namun begitu, tidak dapat dipastikan samada ciri-ciri ini merupakan 'standard' untuk semua variasi atau untuk variasi tertentu sahaja.

KEPADA ANDA WARGA MELAKA:
"....SUDAHKAH ANDA MEMBUAT TEMPAHAN?"
 HOTLINE: 019-666-4949 SEKARANG

Friday, October 8, 2010

Proton Panggil Balik Gen.2 dan Satria Neo

Pembuat kereta nasional, PROTON hari ini mengumumkan panggilan semula secara sukarela terhadap model Gen.2 dan Satria Neo yang diperbuat antara tahun 2004 ke 2008 disebabkan masalah 'clock spring' yang dilihat berpotensi menjejaskan keselamatan pengguna.


Tindakan ini adalah sebahagian dari program jaminan keselamatan global PROTON, melibatkan sebanyak 15,911 (2%) dari 660,000 unit kereta yang dikeluar dan dijual dalam tempoh empat tahun berkenaan. 'Clock spring' tersebut berhubungan dengan suis-suis dan beg udara ke sistem radio, hon dan 'cruise control'.

"Sungguhpun bilangan yang terlibat adalah kecil, namun keselamata pelanggan adalah keutamaan kami dan kami mohon maaf atas segala kesulitan yang timbul," ujar Pengarah Urusan, Kumpulan Proton Holdings Berhad, Dato' Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
Ujian rutin telah mengesan keganjilan pada 'clock spring' seperti bunyi geseran pada roda stereng, hon yang berbunyi tiba-tiba, lampu menyala tanpa amaran, suis kawalan audio gagal berfungsi dan yang paling serius, beg udara bahagian pemandu teraktif tanpa sebab.

Dato` Haji Syed Zainal Abidin berkata lagi,  “Tindakan memanggil semula model terlibat adalah satu contoh komitmen kami terhadap keselamatan pelanggan dan keyakinan terhadap produk kami di bawah program Jaminan Kualiti Global PROTON. Kami harap, pelanggan-pelanggan kami memahami bahawa tindakan ini perlu bagi menjamin keyakinan berterusan terhadap aspek keselamatan dan prestasi kenderaan mereka".

Pemilik-pemilik model yang berkaitan boleh menghubungi mana-mana pusat servis PROTON bertauliah di seluruh negara untuk membuat tempahan temujanji bagi pemeriksaan percuma. Semua kos pembaikan dan penggantian berkaitan dengan 'clock spring' akan ditanggung sepenuhnya oleh Proton.



PROTON akan menghantar surat kepada pelanggan-pelanggan yang terlibat untuk memaklumkan perkara ini. Dalam masa yang sama, PROTON telah menyediakan laman web khas, www.protonaftersales.com untuk membantu pelanggan memeriksa tahun pembuatan kereta masing-masing, dengan hanya memasukkan nombor chasis atau merujuk kepada arahan bergambar yang disediakan.
 

Untuk maklumat lanjut dan penjelasan, pemilik boleh menghubungi PROTONiCARE di 1-300-880-888, atau hubungi cawangan PROTON berhampiran.