Friday, January 28, 2011

Cermin Pandang Belakang


Bila tak ada appointment dengan klien ataupun tak terlibat dengan 'duty' atau promosi, aku dengan geng2 salesman proton yang lain selalu lepak kat kedai kopi, sambil chatting pengalaman memasing.

Satu hari, sembang2 kitorang termasuklah bab cermin pandang belakang ni... Member aku pun ceritalah pengalaman dia dengan kliennya masa nak buat serahan kereta Proton kawan tu. Dia agak terkejut bila kliennya selama ni tak tahu fungsi cermin pandang belakang dengan tepat.

Apa yang dia tau, cuma untuk tengok2, jeling2 kalau-kalau ada kereta, orang atau tiang letrik kat belakang bila nak 'reverse'. Selain pada tu, untuk picit jerawat, intai awek, trim janggut atau cabut uban bila tunggu 'traffic-light' hijau...hehee....

Cermin pandang belakang ni sebenarnya, kalau bahasa omputihnya biasa disebut 'day and night mirror'. Day tu taulah...cermin untuk siang hari. Night?..Malamlah..!!

Okey...macam ni la..

Tentu korang pernah drive waktu malam kan? Cuba tengok gambar kat bawah ni.... Bila pemandu kereta atau kenderaan lain kat belakang korang gunakan lampu tinggi (uhh..memang bangang betul driver macam tu) tentu korang bengang habis sebab silau bijik mata. Nak pulak dorang pakai lampu 'xenon' yang terang-benderang...apalagi, berbakul jugak korang maki.
















Lagi, tindakan apa yang korang biasa buat?
1. Tutup cermin dengan tapak tangan???
2. Terbalikkan cermin pandang belakang???
3. Pecut laju2 ????
4. Turunkan cermin dan maki driver belakang tuh??

Rilex....

Sebenarnya, cara paling selamat dan berkesan bila kena suasana yang macam ni ialah dengan menggunakan fungsi 'tuil' yang ada di bawah cermin pandang belakang. Aku percaya, setiap kereta moden ada dilengkapi dengan tuil ni, cuma kita saja yang tak perasan atau tau benda tu ujud cuma tak tau fungsinya..

Tengok gambar bawah ni..

Pada waktu malam, apabila korang di SINARI dengan lampu-lampu kenderaan dari belakang yang terang dan menyilaukan pandangan, apa yang korang patut lakukan ialah, MENARIK tuil itu (seperti ditunjukkan pada anak-panah) ke hadapan atau ke belakang SUPAYA cermin pandang belakang tu menghala sedikit ke BAWAH.

Dengan cara ni, silauan lampu tadi tak lagi kelihatan TAPI, DALAMASA YANG SAMA, korang masih boleh lihat bayangan kenderaan di belakang dengan jelas dan selesa. Bila rasa-rasa dah ok, atau kenderaan belakang tadi dah memotong kereta korang, bolehlah korang tolak semula tuil tu seperti sediakala.

Jadi, tak perlu lah lagi korang susah-payah nak tutup cermin tu dengan tangan la, pusingkan ke atas ke bawah lah dan sebagainya...

So, harap-harap posting kali ni memberi faedah kat korang semua. Kalau ada yang tak tau lagi, sebar2kanlah ye.. Selalu-selalulah singgah kat blog aku ni kalau nak tau benda-benda yang korang belum tau..

Jangan lupa bagitau kengkawan lain ya geng!


Salam!

Monday, January 3, 2011

Karnival Proton 25 Tahun

JEBAT:Ada Olang Sudha Jatuh CINTA sama Luuu..
Pada 28 Dis.2010 haritu, Proton Holdings ada la buat event sempena Ulang tahun ke-25  Proton. Salah satu venue nya di Melaka Mall, Air Keroh Melaka. Sebagai 'tukang jual', aku pun kenalah lepak2 kat sana sambil layan2 pelawat...

Antara yang menarik, pameran enjin dan kejuruteraan Proton, Sketch model2 kereta Proton, persembahan artis spt, Jay-Jay dan Amy Search.

Tapi, yang paling best dan mendapat sambutan hangat ialah model2 kereta konsep Proton terutama Proton Jebat ni ha.




Fuyyohhh....sporty habiss!!
Ramai jugaklah yang sibuk ambik gambar, posing 'maut' dan bertanya macam2 soalan yang tak mampu aku jawab. Betul... aku nak jawab apa kalau dorang tanya pasal harga? Aku sendiri pun tak tau..agak2 boleh la.

Pada aku, model ni saja dorang buat bagi orang 'syok' dulu sambil2 test market. Paling cepat pun produksinya pada 2012 kot..Ntahler..

Walau apa pun, model JEBAT ni memang betul2 mengancam. Ini adalah model 'upgrade' untuk INSPIRA. X pecaya ke? Tengok betul-betul... So, apalagi geng? Mulalah kumpul2 duit dari skarang ya.. Nangisssss wa cakap lu.. Tak bohong punya!!



Ada iras-iras Saga FL kan?
Aaa...ini satu lagi sedara si JEBAT>>KASTURI namanya.  Kalau geng penah tengok Proton Saga terbaru, alaaa...'FL' tu (bukan FULL-LOAN eh) FaceLift, inilah model upgrade nya. Perasan tak?

Yezza, memang cantik, sporty dan comel. Kalau geng nak kereta macam ni, tak payah tunggu 2012, tempah saja Saga FL kaler putih dengan aku.

Murah saja geng RM37,548 saja!! Min.down-payment RM498 bulanan RM463. Senang cakap, memang mampu-milik lah..
Hang Kasturi-Rear View

Tapi, yang sedih sangat tu bila yang 3 lagi sedara tak ada masa Karnival tu. Tuah, Lekiu dengan Lekir. 'Spoil' betul lah...aku rasa dorang bertiga tu 'MC' lah aritu..hehe.

Tapi tak apa, aku cuba jejak dorang dan aku akan masukkan dalam post2 akan datang la eh?
EMAS: Memang Comey
Nasib baik jugak, ada model2 konsep lain yang canggih2 termasuk 'EMAS'- hibrid 'comel lote' dari Proton.

Ada apek tu, siap nak booking sebijik haritu jugak! Tak tahan la Encik..manyakk cyentikkkkk...lahh!

Aku cakap, sabar apek..sikit hali lagi lu kontek sama gua lah haaa... (sambil mengulur kad bisnes aku).

Well geng, korang macamana? Cantik tak model EMAS nih? Korang belum tengok dalam dia lagi tu...


SeKsi tak?
Tak pelah, aku letak jugak lah bagi korang syok ya...


 019-666-4949
 calling-calling lah...














Cantiknyerrrrr..... 'Ngam Ho!!'

Tengah Charge Power tu..










































YANG 3 NI APA PULAK NI???

LAMBO??
FERRARI??

BUKAN!!!!!!!!!!



PROTON...lahhhh.