Tuesday, August 16, 2011
Monday, August 8, 2011
CVT... Apa baiknya?
CVT atau Continuous Variable Transmission yang dilengkapkan pada model2 proton terpilih seperti Inspira dan terbaru Saga FLX memang sangat bermanafaat untuk pemanduan seharian.
CVT adalah jawapan untuk menghindarkan 'shocks', 'jolts' dan 'jerks' yang kita dapat rasa jika memandu gear automatik biasa. Yang nyata, ia sangat menarik kerana...
1. Penukaran gear yang licin hingga kita tak dapat rasa perubahan gear semasa memecut!
2. Mengurangkan kelusuhan enjin!
3. Memperbaiki tahap penggunaan bahanapi!
4. Mesra alam!
Dapatkan sebutharga Proton dari Proton Edar Melaka hari ini juga.
CVT adalah jawapan untuk menghindarkan 'shocks', 'jolts' dan 'jerks' yang kita dapat rasa jika memandu gear automatik biasa. Yang nyata, ia sangat menarik kerana...
1. Penukaran gear yang licin hingga kita tak dapat rasa perubahan gear semasa memecut!
2. Mengurangkan kelusuhan enjin!
3. Memperbaiki tahap penggunaan bahanapi!
4. Mesra alam!
Dapatkan sebutharga Proton dari Proton Edar Melaka hari ini juga.
Monday, July 25, 2011
TERBARU.. SAGA FLX KINI DI PASARAN!
Proton Holdings Berhad (Proton) hari ini melancarkan generasi terbaru Saga, dikenali dengan nama Saga FLX (Face-Lift Xtra) bagi meneruskan kejayaan model terdahulu Saga FL yang dilancarkan pada penghujung tahun lepas.
Selepas tiga tahun pengenalan Saga generasi terbaru, penampilan Saga FLX kali ini lebih menarik apabila tampil dengan sentuhan terbaru teknologi terkini transmisi pemboleh ubah berterusan (CVT –continuously variable transmission), menjadikan pemanduan lebih lancar serta memberikan prestasi keseluruhan lebih cekap.
Didatangkan dalam dua varian Standard dan Executive, Proton Saga FLX dilengkapi enjin bersesaran 1.3 liter CamPro IAFM, 4-silinder DOHC 16V yang menghasilkan kuasa kuda 94hp@5,750rpm dan 120Nm@4,000rpm tork maksimum. Berbanding Saga FL, kuasa kuda enjin kini terhasil pada angka putaran rpm lebih rendah, iaitu 5,750rpm berbanding 6,000rpm.
Tahap penggunaan petrol Saga FLX bagi setiap 100 km juga menjadi lebih cekap apabila dicatatkan 5.7 liter (manual 5-kelajuan) berbanding 6.0 liter untuk Saga FL, dan 6.0 liter melalui penggunaan kotak gear CVT (automatik 6-kelajuan) berbanding 6.3 liter untuk Saga FL dengan transmisi auto 4AT sebelum ini.
Menurut hasil ujian yang dijalankan oleh Proton, tahap penjimatan petrol boleh mencapai sehingga 4 peratus untuk perjalanan di dalam bandar dan hampir 10 peratus untuk pemanduan di lebuh raya.
Selain pengenalan sistem CVT, Saga FLX Executive juga tampil dengan ciri keselamatan lebih baik seperti Sistem Brek Antikunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD), selain beg udara keselamatan berkembar untuk pemandu dan penumpang depan. Namun untuk varian asas Saga FLX Standard, model itu tidak dilengkapi ketiga-tiga ciri keselamatan tersebut.
Kelengkapan dan ciri-ciri standard lain tidak jauh berbeza antara Saga FLX dan generasi FL terdahulu, namun FLX didatangkan dengan warna baru Elegant Brown (coklat elegan) yang lebih menyerlah. Warna lain turut ditawarkan seperti Solid White, Tranquility Black, Genetic Silver dan Blue Rock. Harga untuk Saga FLX masih lagi kekal rendah dan kompetetif walaupun ditawarkan bersama sistem CVT dengan tambahan harga antara RM600.00 dan RM1700.00, bermula dari RM41,598.00 (CVT Standard) dan RM44,998.00 (CVT Executive). Varian manual Standard berharga RM38,598.00, manakala varian manual Executive berharga RM42,398.00.
SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN, SILA HUBUNGI HOTLINE PROTON EDAR MELAKA
019-666 4949
Saturday, July 23, 2011
Saturday, July 16, 2011
Proton Edar Masuk UiTM Melaka..
Pada 14 Julai 2011 yang lalu, kami telah mengadakan Program Pandu-Uji Proton secara eksklusif kepada warga UiTM Kampus Lendu, Melaka.
Program yang julung kali diadakan dengan membawa model Proton Inspira, Exora, Saga FL dan juga Persona telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Barisan kereta kami yang siap untuk di pandu-uji |
Di atas sambutan menggalakkan ini, kami merancang untuk meluaskan program ini ke seluruh institusi pengajian tinggi di negeri Melaka selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Para penyarah muda UiTM turut mengambil peluang |
Jutaan terimakasih atas sokongan pihak pentadbiran UiTM terutama kepada Timbalan Pendaftar Ybhg Datin Hajjah Nor Mottahati dan juga unit keselamatan yang telah memberikan kerjasama yang amat baik.
Adik2 pelajar ni pun tak lepaskan peluang mencuba Proton Inspira |
Friday, January 28, 2011
Cermin Pandang Belakang
Bila tak ada appointment dengan klien ataupun tak terlibat dengan 'duty' atau promosi, aku dengan geng2 salesman proton yang lain selalu lepak kat kedai kopi, sambil chatting pengalaman memasing.
Satu hari, sembang2 kitorang termasuklah bab cermin pandang belakang ni... Member aku pun ceritalah pengalaman dia dengan kliennya masa nak buat serahan kereta Proton kawan tu. Dia agak terkejut bila kliennya selama ni tak tahu fungsi cermin pandang belakang dengan tepat.
Apa yang dia tau, cuma untuk tengok2, jeling2 kalau-kalau ada kereta, orang atau tiang letrik kat belakang bila nak 'reverse'. Selain pada tu, untuk picit jerawat, intai awek, trim janggut atau cabut uban bila tunggu 'traffic-light' hijau...hehee....
Cermin pandang belakang ni sebenarnya, kalau bahasa omputihnya biasa disebut 'day and night mirror'. Day tu taulah...cermin untuk siang hari. Night?..Malamlah..!!
Okey...macam ni la..
Tentu korang pernah drive waktu malam kan? Cuba tengok gambar kat bawah ni.... Bila pemandu kereta atau kenderaan lain kat belakang korang gunakan lampu tinggi (uhh..memang bangang betul driver macam tu) tentu korang bengang habis sebab silau bijik mata. Nak pulak dorang pakai lampu 'xenon' yang terang-benderang...apalagi, berbakul jugak korang maki.
Lagi, tindakan apa yang korang biasa buat?
1. Tutup cermin dengan tapak tangan???
2. Terbalikkan cermin pandang belakang???
3. Pecut laju2 ????
4. Turunkan cermin dan maki driver belakang tuh??
Rilex....
Sebenarnya, cara paling selamat dan berkesan bila kena suasana yang macam ni ialah dengan menggunakan fungsi 'tuil' yang ada di bawah cermin pandang belakang. Aku percaya, setiap kereta moden ada dilengkapi dengan tuil ni, cuma kita saja yang tak perasan atau tau benda tu ujud cuma tak tau fungsinya..
Tengok gambar bawah ni..
Pada waktu malam, apabila korang di SINARI dengan lampu-lampu kenderaan dari belakang yang terang dan menyilaukan pandangan, apa yang korang patut lakukan ialah, MENARIK tuil itu (seperti ditunjukkan pada anak-panah) ke hadapan atau ke belakang SUPAYA cermin pandang belakang tu menghala sedikit ke BAWAH.
Dengan cara ni, silauan lampu tadi tak lagi kelihatan TAPI, DALAMASA YANG SAMA, korang masih boleh lihat bayangan kenderaan di belakang dengan jelas dan selesa. Bila rasa-rasa dah ok, atau kenderaan belakang tadi dah memotong kereta korang, bolehlah korang tolak semula tuil tu seperti sediakala.
Jadi, tak perlu lah lagi korang susah-payah nak tutup cermin tu dengan tangan la, pusingkan ke atas ke bawah lah dan sebagainya...
So, harap-harap posting kali ni memberi faedah kat korang semua. Kalau ada yang tak tau lagi, sebar2kanlah ye.. Selalu-selalulah singgah kat blog aku ni kalau nak tau benda-benda yang korang belum tau..
Jangan lupa bagitau kengkawan lain ya geng!
Salam!
Monday, January 3, 2011
Karnival Proton 25 Tahun
JEBAT:Ada Olang Sudha Jatuh CINTA sama Luuu.. |
Antara yang menarik, pameran enjin dan kejuruteraan Proton, Sketch model2 kereta Proton, persembahan artis spt, Jay-Jay dan Amy Search.
Tapi, yang paling best dan mendapat sambutan hangat ialah model2 kereta konsep Proton terutama Proton Jebat ni ha.
Fuyyohhh....sporty habiss!! |
Pada aku, model ni saja dorang buat bagi orang 'syok' dulu sambil2 test market. Paling cepat pun produksinya pada 2012 kot..Ntahler..
Walau apa pun, model JEBAT ni memang betul2 mengancam. Ini adalah model 'upgrade' untuk INSPIRA. X pecaya ke? Tengok betul-betul... So, apalagi geng? Mulalah kumpul2 duit dari skarang ya.. Nangisssss wa cakap lu.. Tak bohong punya!!
Ada iras-iras Saga FL kan? |
Yezza, memang cantik, sporty dan comel. Kalau geng nak kereta macam ni, tak payah tunggu 2012, tempah saja Saga FL kaler putih dengan aku.
Murah saja geng RM37,548 saja!! Min.down-payment RM498 bulanan RM463. Senang cakap, memang mampu-milik lah..
Hang Kasturi-Rear View |
Tapi, yang sedih sangat tu bila yang 3 lagi sedara tak ada masa Karnival tu. Tuah, Lekiu dengan Lekir. 'Spoil' betul lah...aku rasa dorang bertiga tu 'MC' lah aritu..hehe.
Tapi tak apa, aku cuba jejak dorang dan aku akan masukkan dalam post2 akan datang la eh?
EMAS: Memang Comey |
Ada apek tu, siap nak booking sebijik haritu jugak! Tak tahan la Encik..manyakk cyentikkkkk...lahh!
Aku cakap, sabar apek..sikit hali lagi lu kontek sama gua lah haaa... (sambil mengulur kad bisnes aku).
Well geng, korang macamana? Cantik tak model EMAS nih? Korang belum tengok dalam dia lagi tu...
SeKsi tak? |
019-666-4949
calling-calling lah...
Cantiknyerrrrr..... 'Ngam Ho!!' |
Tengah Charge Power tu.. |
YANG 3 NI APA PULAK NI???
LAMBO??
FERRARI??
BUKAN!!!!!!!!!!
PROTON...lahhhh.
Subscribe to:
Posts (Atom)